MAKLUMAN | PEMBUKAAN PENCALONAN AJKT DAN AJK HEWI KPIPM SESI 2015/2016


Pencalonan AJKT dan AJK HEWI KPIPM sesi 2015/2016 Telah Dibuka



Assalamualaikum wbt...

Dengan ini bahawasanya Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya KPIPM sesi 2014/2015 telah bersetuju membuka pencalonan baru bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) & Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (AJK HEWI) KPIPM bagi sesi 2015/2016.


Kuota pencalonan dibuka untuk memilih seramai:
-Bagi calon Yang Dipertua seorang (1) sahaja
-Bagi calon AJKT lapan (8) orang sahaja
-Bagi calon Ketua HEWI seorang (1) sahaja
-Bagi calon AJK HEWI sembilan (9) sahaja

Pencalonan dibuka bermula :
Tarikh : 12, 13, dan 14 September 2015
Hari : Sabtu, Ahad dan Isnin
Masa : 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari dan 2.00 petang sehingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Syeikh Sya'rawi, Baitul Rahman

Borang pencalonan boleh diperolehi di Bilik Gerakan Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya KPIPM sesi 2014/2015 dari tarikh tersebut dan hendaklah diserahkan kembali sebelum tarikh tutup pencalonan berakhir selewat-lewatnya 5.00 petang pada 14 September 2015 hari Isnin.

Harap maklum dan sekian terima kasih.

"ADIL, CEKAP, AMANAH "


Hakim Fathi Bin Hamzah

Setiausaha
Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya KPIPM sesi 2014/2015

Ulasan

Catatan Popular