MAKLUMAN | CALON-CALON SAH AHLI JAWATANKUASA TADBIR (AJKT) DAN AHLI JAWATANKUASA HAL EHWAL WANITA ISLAM (AJK HEWI) KPIPM SESI 2015/2016




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum wbt...

Sehingga tamat waktu bantahan yang berakhir pada pukul 2 petang waktu semalam, pihak Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya KPIPM sesi 2014/2015 tidak menerima sebarang bantahan keatas calon-calon Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) dan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (AJK HEWI) Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2015/2016.

Menurut perlembagaan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) pindaan 2014, semua calon yang telah tersenarai adalah mencukupi bagi kuota Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) dan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (AJK HEWI) beserta Yang Dipertua dan Ketua HEWI Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM). Maka, dengan ini secara sahnya pihak AJK Khas Pilihanraya KPIPM sesi 2014/2015 mengumumkan, semua calon menang tanpa bertanding.

Oleh yang demikian, pihak AJK Khas Pilihanraya KPIPM sesi 2014/2015 akan mengumumkan secara rasmi kesemua barisan AJKT dan AJK HEWI KPIPM sesi 2015/2016 pada hari Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-49 nanti. Dalam mesyuarat itu nanti, dua orang AJKT KPIPM yang dikekalkan secara automatik, turut akan diumumkan sekali.

Akhir kata, kami pihak AJK Khas Pilihanraya KPIPM sesi 2014/2015 memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan sepanjang tempoh operasi pencalonan dijalankan. Kami juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga KPIPM di atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang tempoh operasi dijalankan.

Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus mekar bagi sama-sama melestarikan kesatuan kita yang telah terbina lamanya. Sirru 'ala barakatillah..

Sekian, terima kasih.


Wallahu a'lam..

"ADIL, CEKAP, AMANAH"

Hakim Fathi Bin Hamzah
Setiausaha
Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya KPIPM sesi 2014/2015


Ulasan

Catatan Popular