Pencalonan AJKT dan AJK HEWI KPIPM sesi 2016/2017 Telah Dibuka




Assalamualaikum wbt...

Dengan ini bahawasanya Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya KPIPM sesi 2015/2016 telah bersetuju membuka pencalonan baru bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) & Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (AJK HEWI) KPIPM bagi sesi 2016/2017.

Kuota pencalonan dibuka untuk memilih seramai:
-Bagi calon Yang Dipertua seorang (1) sahaja
-Bagi calon AJKT lapan (8) orang sahaja
-Bagi calon Ketua HEWI seorang (1) sahaja
-Bagi calon AJK HEWI sembilan (9) sahaja

Pencalonan dibuka bermula :
Tarikh : 17, 18, dan 19 September 2016
Hari : Sabtu, Ahad dan Isnin
Masa : 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dan 1.30 petang sehingga 5.30 petang
Tempat : Dewan Syeikh Sya'rawi, Baitul Rahman

Borang pencalonan boleh diperolehi di Bilik Gerakan Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya KPIPM sesi 2014/2015 dari tarikh tersebut dan hendaklah diserahkan kembali sebelum tarikh tutup pencalonan berakhir selewat-lewatnya 5.30 petang pada 19 September 2016 hari Isnin.

Harap maklum dan sekian terima kasih.

"INTEGRITI MEMBINA KUALITI "

Muhammad Syafie Bin Sulaiman
Setiausaha
Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya KPIPM sesi 2015/2016

Ulasan

Catatan Popular