BAGAIMANA MEMILIH PEMIMPIN MENURUT ISLAM



Bagaimana Memilih Pemimpin Menurut Islam

Dalam pemilihan seorang pemimpin atau khalifah, ada tiga golongan manusia yang terlibat :

1. Calon pemimpin yang memenuhi syarat
2. Anggota pemilih yang disebut ‘Ahl al-Hal wa al-‘Aqd‘
3. Serta orang Muslim kebanyakan

 Syarat-syarat menjadi anggota ‘Ahl al-Hal wa al-‘Aqd’ agar layak memilih pemimpin adalah :

1. Adil, sebagaimana sifat adil yang diperlukan pada pemimpin.
2. Berilmu, iaitu memiliki ilmu yang membuatnya mampu menilai calon yang layak memegang jawatan.
3. Bijaksana, iaitu mampu memilih calon yang terbaik untuk kebaikan dan kemaslahatan umat.

       Tugas anggota ‘Ahl al-Hal wa al-‘Aqd’ adalah memilih dan menentukan calon yang layak untuk memegang jawatan. Para ulama berbeza pendapat mengenai jumlah anggota pemilih tersebut. Tidak sah menjadi calon pemimpin apabila tidak disetujui oleh semua anggota pemilih daripada setiap orang yang layak. Alasannya supaya persetujuan tersebut berlaku secara keseluruhan dan penyerahan kekuasaan kepada calon pemimpin tersebut berlaku secara ijmak.

      Namun pendapat ini bertentangan dengan situasi pemilihan Khalifah Abu Bakar Radhiallahuanhu, di mana beliau telah dipilih oleh anggota yang hadir sahaja. Jumlah minimum anggota pemilih adalah lima orang dan semuanya setuju dengan pemilihan tersebut. Atau hanya seorang sahaja yang membuat pilihan, sedangkan yang lainnya tinggal bersetuju dengan pilihan orang pertama. Pemilihan dilakukan oleh tiga anggota sahaja, di mana seorang akan memilih dan yang lainnya tinggal menyetujui sahaja. Mereka dianggap sebagai seorang hakim dan dua orang saksi. Ada juga pendapat yang mengatakan bahwa pemilihan calon khalifah cukup dibuat oleh satu orang sahaja.Setelah anggota pemilihan memilih calon-calon pemimpin, maka diperlukan persetujuan terbuka dari majoriti umat. Kalau ini tidak dilakukan maka akan menyebabkan kekacauan dalam masyarakat.

Peralihan Kepemimpinan - Pemilihan pemimpin negara Islam tidak selamanya melalui pemilihan umum seperti yang telah dijelaskan di atas. Peralihan pemimpin negara akan terjadi dengan :

Pertama, menyerahkan kekuasaannya kepada penggantinya sebelum dia meninggal. Sebahagian ahli fiqh menerima cara ini dengan bersandarkan kepada Abu Bakar RA yang menyerahkan kekuasaannya kepada Umar RA dan juga ketika Umar RA menyerahkan kekuasaannya kepada anggota ahli syura. Peralihan kekuasaan ini dianggap ijmak.

Kedua, peralihan kekuasaan dalam bentuk warisan apabila terjadi dalam negara yang berbentuk kerajaan. Pemindahan kekuasaan dengan cara ini dianggap sah oleh para ulama. Contohnya apa yang terjadi di negara Arab Saudi atau Brunei Darussalam. Masalah rakyat akan makmur dengan cara ini, itu cerita lain. Kalau kebetulan rajanya adil, maka rakyatnya menjadi senang. Sebaliknya kalau rajanya zalim, maka rakyat tidak mampu berkata apa-apa.

Ketiga, apabila kekuasaan negara dipegang oleh orang yang memiliki kekuatan dan fasiq sehingga mengangkat dirinya sebagai ketua negara. Menurut Abu Ya’ala al-Fara, pemimpin tersebut adalah sah tapi dikira sebagai keadaan darurat. Menurut Imam al-Ghazali, barang siapa yang melantiknya, maka pemerintahannya adalah sah, sebagaimana sahnya pemerintahan orang yang zalim (bughah). Keadaan tersebut terjadi apabila negara diambil alih oleh seseorang yang mempunyai kekuatan yang sangat besar, misalnya mampu mengendalikan tentera di negara tersebut. Jadi apabila orang tersebut mengangkat dirinya sebagai pemimpin, maka pemerintahannya adalah sah, walaupun pemerintahan yang terbentuk adalah pemerintahan yang zalim dan fasiq. Kalau ingin menggantikan diktator tersebut, pastikan supaya memiliki kekuatan yang memadai. Kalau tidak, proses penggantian diktator yang gagal ini juga akan merugikan masyarakat awam.

       Sempena pemilihan kepimpinan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir yang akan datang, kita telah dan akan mengambil pendekatan pemilihan melalui undian pilihan raya. Sesi pencalonan kepimpinan akan dibuka dalam masa terdekat. Kemudian diikuti oleh sesi bantahan pencalonan jika terdapat kecacatan atau kesilapan di dalam proses penamaan calon. Seterusnya sesi pengenalan calon di mana calon-calon yang layak bertanding akan memperkenalkan diri dan manifesto masing-masing.

      Akhir sekali, sesi pengundian akan dilansungkan pada hari yang akan dimaklumkan yang mana semua ahli KPIPM yang layak mengundi akan menyuarakan dan memilih calon yang dirasai sesuai dan layak untuk menduduki tampuk kepimpinan KPIPM sesi akan datang.


     Kami pihak Jawatankuasa Khas Pilihanraya KPIPM sesi 2015/2016 berharap agar semua ahli dapat menggunakan peluang yang ada ini dengan sebaiknya.

  
"INTEGRITI MEMBINA KUALITI"

Muhammad Syafie Bin Sulaiman
Setiausaha
AJK Khas Pilihanraya KPIPM sesi 2015/2016

Ulasan

Catatan Popular