Laporan Malam Pengenalan Calon AJKT dan AJK HEWI KPIPM sesi 2016/17

Pada 22 September 2016 (Khamis), pihak Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya KPIPM telah mengadakan malam pengenalan calon Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) dan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam ( AJK HEWI ) bagi sesi 2016/2017 . Majlis ini diadakan di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi selepas Ehya' al-Jumuah.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengenali calon-calon AJKT dan AJK Hewi sesi 2016/2017, justeru mengeratkan hubungan diantara bakal pimpinan dan ahli. Majlis berakhir pada pukul 9.30 malam.


"INTEGRITI MEMBINA KUALITI"


Muhammad Syafie Bin Sulaiman
Setiausaha
Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya KPIPM sesi 2015/2016

Ulasan

Catatan Popular