Sekapur Sireh Pengarah AJK KPR
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dijadikan
manusia itu sebagai khalifah bagi menegakkan syariat dan syiar Allah SWT diatas
muka bumi dan mentadbir manusia dengan keadilan.
Allah SWT
berfirman dalam al-Quran:
“Sesungguhnya
Allah menyuruh kamu sekalian untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak
menerimanya, dan (menyuruh kamu) menetapkan hukum diantara manusia dengan adil.
Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kapadamu dan
sesungguhnya Allah adalah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”
(An-Nisa’ :
58)
Pengumuman
Pilihanraya KPIPM sesi 2016/2017
KPIPM
merupakan sebuah organisasi kebajikan pelajar yang menaungi seluruh pelajar
negeri Perak yang melanjutkan pengajian di Mesir. Bagi meneruskan agenda
kebajikan kepada seluruh anak-anak Perak di bumi Mesir, perlunya kepada sebuah
badan pengurus dan kepimpinan bagi memandu bahtera KPIPM untuk sepanjang sesi
akan datang. Maka sebuah ahli jawatankuasa Khas Pilihanraya telah dilantik bagi
mengendalikan segala proses pemilihan pimpinan KPIPM bagi sesi 2017/2018.
Sistem
Pencalonan dan Pilihanraya
Seperti
sesi sebelum ini, sistem pencalonan dan pilihanraya telah dipilih bagi proses
pemilihan kepimpinan untuk sesi 2017/2018. Melalui sistem ini, calon yang layak
bertanding mestilah dicadangkan dan disokong oleh individu yang lain. Berikutan
itu ahli KPIPM akan melalui beberapa fasa iaitu fasa pencalonan, fasa bantahan,
fasa pengenalan calon dan fasa pengundian. Calon yang terpilih akan diumumkan
secara rasmi dalam Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM kali ke-51 akan datang.
Pengumuman
Tarikh Penting
Untuk
makluman, rangka utama perjalanan pilihanraya akan berlangsung berdasarkan
tarikh-tarikh berikut:
- 4,5,6 September - Hari Pencalonan
- 6 September - Senarai Nama Calon Fasa Pertama
- 7 September - Hari Bantahan & Senarai Nama Calon Kedua
- 9 September - Hari Pengenalan Calon
- Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM ke-51 - Pengumuman Rasmi Kepimpinan
Seruan
kepada Ahli
Pilihanraya
merupakan wadah bagi ahli memilih pimpinan. Tugas memberi mandate kepimpinan
merupakan tanggungjawab bersama. Justeru pihak Ahli Jawatankuasa Khas
Pilihanraya menyeru kepada semua ahli KPIPM bagi turyr serta melibatkan diri
dan memeriahkan pilihanraya pada sesi ini.
Wallahu
ta’ala ‘alam.
“Bersih,
Cekap, Adil”
Hanif
bin Khairudin
Pengarah,
Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya
Mesyuarat Agugn Tahunan kali ke-51,
Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir,
Sesi 2016/2017
Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya
Mesyuarat Agugn Tahunan kali ke-51,
Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir,
Sesi 2016/2017
Ulasan
Catat Ulasan