Ucapan Aluan Pengarah Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya KPIPM sesi 2014
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Segala puji bagi Allah S.W.T tuhan sekalian alam, selawat dan salam bagi junjungan besar Rasulullah S.A.W , para Sahabat dan juga para pejuang agama Allah S.W.T.
Terlebih dahulu saya dengan rasa rendah diri mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak KPIPM kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya PMRAM cawangan Perak sesi 2014. Saya mengharapkan semoga Allah S.W.T memberikan pertolonganNya kepada saya dalam melaksanakan tanggungjawab ini.
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, tujuan SPR ditubuhkan adalah untuk melicinkan perjalanan peralihan jawatan YDP, KETUA HEWI, AJKT serta AJK HEWI KPIPM bagi sesi akan datang. Ianya termaktub di dalam buku perlembagaan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir, BAB KEEMPAT : MESYUARAT AGUNG DAN PILIHANRAYA / BAHAGIAN KEDUA : PERKARA 21 - PILIHANRAYA serta mengikut PERATURAN AM PILIHANRAYA yang dilampirkan.
Justeru, AJK KPR yang telah dilantik begitu optimis dalam melaksanakan dan menyelenggara proses peralihan tampuk kepimpinan KPIPM berdasarkan kepada prinsip yang telus dan adil. Pihak AJK KPR juga akan menjamin hak semua ahli untuk terlibat dalam segala bentuk aktiviti yang berkaitan dalam proses pilihanraya selagimana memenuhi syarat-syarat serta tuntutan perlembagaan KPIPM.
Akhir kalam, moga Allah SWT memberi kekuatan, kemudahan, petunjuk dan bimbingan kepada AJK SPR KPIPM, dalam melaksanakan amanah berat ini, yang akan dipersoalkan jua di akhirat, dalam menatijahkan keputusan yang adil lagi saksama, untuk mendapatkan pemimpin yang beramanah dan bertanggungjawab bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan KPIPM kelak.
Sekian, Wasalam.
“AMANAH, TELUS, SISTEMATIK.”
Muhammad Alif Bin Ahmad Mahir
Pengarah,
Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya(AJK KPR),
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir SESI 2014.

Ulasan
Catat Ulasan