Pencalonan telah dibuka




Assalamualaikum wbt...

Dengan ini bahawasanya pihak Jawatankuasa Khas Pilihanraya KPIPM sesi 2012/2013 telah bersetuju membuka pencalonan baru bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) & Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (AJK HEWI) KPIPM sesi 2013/2014.


Kuota pencalonan dibuka untuk memilih seramai:
-Bagi calon Yang Dipertua seorang (1) sahaja
-Bagi calon AJKT lapan (8) orang sahaja
-Bagi calon Ketua HEWI seorang (1) sahaja
-Bagi calon AJK HEWI sembilan (9) sahaja

Pencalonan dibuka bermula :
Tarikh : 2, 3 dan 4 Disember 2013
Hari : Isnin, Selasa dan Rabu
Masa : 2 petang sehingga 4.30 petang
Tempat : Musolla Wisma Perak B

Borang pencalonan boleh diperolehi di Bilik Gerakan Jawatankuasa Khas Pilihanraya KPIPM 2012/2013 dari tarikh tersebut dan hendaklah diserahkan kembali sebelum tarikh tutup pencalonan berakhir selewat-lewatnya 4.30 petang pada 4 Disember 2013 hari Rabu.

Harap maklum dan sekian terima kasih.

Adil, Cekap, Amanah


Muhammad Akramin bin Mohd Ishak
Pengarah,
Jawatankuasa Khas Pilihanraya
KPIPM sesi 2012/2013

Ulasan

Catatan Popular