Ucapan Aluan Pengarah, AJK KPR KPIPM sesi 2013/2014



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Segala puji bagi Allah Subhanahu waTa’ala (SWT) Pemilik Sekalian Alam, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi waSallam (SAW), dan ahli keluarga Baginda serta Para Sahabat Radiallahu ‘Anhum (RA).

Firman Allah SWT di dalam Surah an-Nisa’ ayat 58, mafhumnya :

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.”

Perubahan kepimpinan saban tahun silih berganti, melalui pilihanraya merupakan langkah dan jalan penyelesaian penting berbanding semua bentuk perubahan lain. Perubahan ini memerlukan pilihanraya yang dijalankan secara cekap, bebas, telus, amanah, adil lagi bersih.

Bermula dengan penyeragaman keanggotaan ahli untuk disahkan dan berhak mengundi. Seterusnya setiap ahli sebagai pengundi berkempen dan membuat pangkahan di borang undi sekiranya berlaku pertandingan di hari mesyuarat agung. Akhir sekali dilakukan proses mengira dan mengisytiharkan pemenang.

Proses perubahan sentiasa menjadi lumrah persatuan, dan apa yang akan berlaku ini telah menatijahkan penubuhan AHLI JAWATANKUASA KHAS PILIHANRAYA (AJK KPR) buat kali yang seterusnya, bagi melancarkan proses turun naik kepimpinan persatuan bagi sesi 2013/2014.

Ini berdasarkan kepada Buku Perlembagaan Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir, BAB KEEMPAT : MESYUARAT AGUNG DAN PILIHANRAYA / BAHAGIAN KEDUA : PERKARA 21 – PILIHANRAYA  serta mengikut PERATURAN AM PILIHANRAYA yang dilampirkan.

Sehubungan dengan itu, AJK KPR yang telah dilantik, tampil bekerja dan berkhidmat, sebagai badan berkecuali dan bebas, patuh dan hormat kepada prinsip peralihan kuasa melalui pilihanraya yang bebas dan bersih, dan berikrar bahawa ahli adalah sumber kepada kuasa memilih kepimpinan dan akan menjamin hak semua ahli untuk terlibat dalam segala bentuk aktiviti yang berkaitan dalam proses pilihanraya selagimana memenuhi syarat-syarat serta tuntutan Perlembagaan KPIPM.

Akhir kalam, moga Allah SWT memberi kekuatan, kemudahan, petunjuk dan bimbingan kepada AJK KPR yang telah dilantik untuk sesi 2012/2013, dalam melaksanakan amanah berat ini, yang akan dipersoalkan jua di akhirat, dalam menatijahkan keputusan yang adil lagi saksama, untuk mendapatkan pemimpin yang beramanah dan bertangungjawab, serta bersedia untuk dipersoalkan di hari akhirat kelak, yang mana menjadi idaman semua ahli.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Muhammad Akramin bin Mohd Ishak
Pengarah,
Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya (AJK KPR),
Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir SESI 2012/2013.


Ulasan

Catatan Popular